Wednesday, August 13, 2008

MT O lvl!

Yay! Saya dapat A1 untuk peperiksaan GCE peringkat O, Bahasa Melayu!! HAHA

Sibuk mempersiapkan diri untuk peperiksaan yang semakin cepat menjelma..
Maaf jika jarang kemas kini blog ini!


Selamat!

Saturday, July 26, 2008

Bagaimana hendak melestarikan Permainan Tradisional?

Berikut adalah cadangan-cadangan saya untuk melestarikan Permainan Tradisional melayu yang semakin kurang mendapat perhatian orang ramai.

1) Masukkan sebuah Topik ataupun Unit khas dalam Buku Teks Bahasa Melayu yang khas untuk Permainan Tradisional Melayu. Beberapa muka surat yang menunjukkan permainan tradisional melayu boleh menyedarkan ramai murid-murid bahawa ada banyak permainan Tradisional Melayu yang menarik. Jika minat dalam Permainan Tradisional Melayu dipupuk dari usia muda mereka akan membesar dengan pengetahuan yang mendalam tentang Permainan-permainan itu.


2) Galakkan kedai-kedai yang dimiliki anak melayu menjual permainan melayu secara kecil-kecilan pun mencukupi. Ini dapat memastikan bahawa orang ramai yang berminat untuk mencuba Permainan Tradisional Melayu dapat membeli perkakas-perkakas yang perlu untuk bermain Congkak, Sepak Takraw dan sebagainya.

3) Galakkan Jabatan-jabatan Bahasa melayu di sekolah-sekolah untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti untuk menggalak pelajar melayu ataupun yang bukan-melayu mencuba permainan tradisional melayu.

4) Adakan pertandingan untuk Permainan Tradisional Melayu semasa Bulan Bahasa supaya para penggiat ataupun pemain Permainan Tradisional Melayu dapat bermain dengan pemain-pemain lain. pada masa yang sama mereka dapat bertukar-tukar pendapat dan meraih pengetahuan yang lebih tentang permainan tradisional itu.

Itu sahajalah yang boleh saya katakan buat masa sekarang. Walau bagaimanapun, masih belum terlambat lagi untuk kita menyelamatkan Permainan Tradisional Melayu kita yang telah diwariskan kepada kita oleh generasi-generasi yang terdahulu. Ingat semua, jika bukan kita yang memainkan Permainan tradisional Melayu, Siapa yang akan memainkannya??

Sekian..

Thursday, July 24, 2008

Batu seremban

Pertama kali saya mendengar nama permainan tradisonal ini saya rasa bahawa permainan ini asalnya dari sebuah tempat bernama seremban di Malaysia. Namun, setelah membaca beberapa artikel, saya mendapati bahawa tiada kaitan permainan tradisional itu dengan tempat bernama Seremban,Malaysia.Permainan ini juga dikenali dengan nama Batu Serembat atau Batu Selambut.

Tidak banyak kesukaran jika anda mahu main Batu Seremban kerana ia boleh dimain secara bersendirian ataupun berkumpulan. Perkakas yang diperlukan juga tidak banyak, hanya Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.Juga, sebuah tempat lapang dan lantai rata yang diperlukan.

CARA BERMAIN!

Cara Bermain

Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Buah Satu

Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut.

Buah Dua

Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan.

Buah Tiga

Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak.

Buah Empat

Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.

Buah Lima

Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja.

Buah Enam

Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai.

Buah Tujuh

Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serentak. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut.


Permainan ini amat senang untuk dimainkan kerana ia boleh dimainkan di mana-mana dan tiada bilangan pemain yang ditetapkan. Permainan ini juga dapat menguji ketangkasan para pemain. Permainan ini selalunya dimainkan kanak-kanak perempuan tetapi saya rasa tiada salahnya jika kaum Adam juga turut serta bermain.


Sekian..

Perlawanan Bolasepak!

Wow! Saya amat terkejut apabila mendengar berita bahawa pasukan olimpik bola sepak Brazil akan menentang Singapura dalam satu perlawanan persiapan Brazil untuk Olimpik yang menjelang. Saya amat bangga dengan bilangan anak melayu yang dipilih oleh jurulatih pasukan bola sepak Singapura,Raddy Avramovic. Dalam 21 orang yang dipilih, 11 iaitu lebih kurang setengah pasukan Singapura dianggotai pemain berbangsa melayu.. SYabas! melayu maju! HAHA

Dalam keghairahan untuk menonton Brazil bermain di Stadium Negara saya telahpun memberi tiket dari cawangan sistic 6 hari lebih awal. Harga tiket untuk perlawanan itu 15 dolar,jauh lebih mahal daripada harga biasa iaitu 3-5 dolar bagi perlawanan internasional lain. Namun, ia berbaloi kerana saya dapat melihat Pemain-pemain bertaraf antarbangsa seperti Ronaldinho,Pato,Anderson dan sebagainya.

Harga tiket yang tinggi sanggup dibayar ramai lagi orang yang ingin menonton perlawanan bolasepak itu kerana permainan bolasepak itu sudah tentu akan menjadi sebuah perlawanan yang amat menarik.

...


Bayangkan jikalau pengemudi Pertandingan Sepak Takraw liga NTUC mengarahkan penonton membeli tiket.. Saya pasti bilangan penonton akan terus menjunam. Dengan itu saya harap bahawa liga sepak takraw akan diberi lebih peluang untuk dipromosikan supaya dapat menarik perhatian orang ramai. Sekarang ini, saya cuma boleh melihat jadual perlawanan liga sepak takraw di Berita Harian yang jarang dibaca generasi baru ini. Mungkin, jadual permainan sepak takraw liga NTUC boleh dipromosikan melalui New Paper ataupun di lelaman web supaya lebih ramai orang termasuk orang bukan-melayu dapat menonton permainan sepak takraw.

Sekian..

jumpa lagi..

Monday, July 21, 2008

Wow! Wau!

Tahukah anda Wau telah mula dimain orang melayu semenjak kurun ke-15 lagi?








Wau boleh juga dipanggil layang-layang. Wau mempunyai pelbagai jenis, antaranya, Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan.

Antara daerah-daerah ataupun negeri-negeri yang masih wujudnya tradisi membuat atau bermain wau adalah Kelantan dan Terengganu. Di kebanyakan tempat, pengunaan Wau telah beralih daripada sejenis permainan tradisional melayu kepada sebuah kraftangan atau perhiasan dinding di rumah. Saya rasa in adalah kerana terdapat kurangnya tempat untuk warga singapura yang hidup dikelilingi bangunan-bangunan untuk mencari tempat bermain wau atau layang-layang.

MEMBUAT WAU!!



Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.

(Disebabkan kesukaran mendapatkan wau di Singapura, saya terpaksa mendapatkan gambar wau daripada lelaman http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm )

Sepak Takraw semakin malap?

Sukan Sepak Takraw, walaupun sebuah permainan tradisional, ia masih mendapat sambutan yang menggalakkan daripada segelintir kaum melayu di Singapura. Isu sepak takraw yang semakin malap ini telah saya bincangkan sewaktu Peperikisaan LIsan GCE 'O' level saya beberapa minggu yang lalu.

Mengapa Sepak Takraw semakin 'Malap'?

1) Persaingan daripada sukan lain yang lebih mendapat perhatian. Umpamanya, bolasepak dan tenis. Sukan-sukan ini lebih bertuah kerana banyak usaha telah dijalankan untuk memajukan mereka,sepertinya S-league yang dibuka untuk membenarkan pemain bolasepak bermain secara profesional. Bakat-bakat di dalam bolasepak juga diasah dari muda lagi dan banyak wadah yang boleh digunakan untuk mengenalpasti bakat-bakat yang terserlah.

2) Sukan sepak takraw mempunyai bilangan pemain yang kecil. Permainan sepak takraw kebanyakannya dimainkan oleh orang-orang melayu, berbanding bolasepak yang lebih terbuka kepada semua kaum. Saya rasa pihak-pihak yang berkaitan harus berusaha meluaskan bilangan pemain untuk turut menjangkau pemain bukan-melayu.

3) Pandangan negatif sesetengah pihak tentang Sepak Takraw. Ramai pemain sepak takraw dipandang negatif kerana hanya segelintir daripada mereka melibatkan diri dengan kancah dadah dan pelbagai unsur-unsur negatif.

Walau bagaimanapun, Sepak Takraw adalah sebuah permainan tradisional yang amat menarik dan cantik permainannya.



WOW! Video ini menunjukkan sebuah permainan yang sangat menarik daripada dua negara yang kuat dalam sukan sepak takraw, iaitu malaysia dan Thailand.

Saya harap melalui catatan saya ini ramai di luar sana akan tergerak hati untuk mencuba permainan tradisional melayu ini!

Selamat mencuba!

Sepak Takraw!

Apa khabar semua?

Sudah beberapa hari saya berusaha melakukan sedikit bacaan tentang sepak takraw. Walaupun saya amat kenal dengan permainan tradisional melayu itu, saya percaya bahawa pengetahuan sya tentang asal usul sepak takraw amat cetek.

Sepak takraw secara dasarnya adalah sebuah permainan lebih kurang seperti 'volleyball' cuma tanpa pengunaan tangan.


<---Bola Takraw kepunyaan saya.



Permainan sepak takraw selalunya dimainkan antara dua Regu. Satu regu mempunyai 3 orang pemain, iaitu seorang 'Tekong','feeder'dan'killer'. Tekong adalah orang yang melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. 'Feeder' ataupun pemain di sebelah kiri bertanggungjawab untuk mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas mematikan bola di gelanggang lawan. 'Feeder' juga boleh 'menyediakan' bola itu di arah atau tempat yang cantik supaya boleh 'killer' cuba matikan. Tugas seorang 'killer' ataupun pemain kanan biasanya untuk mematikan bola dan mengawal kawasan hadapan dari percubaan pihak lawan mematikan bola.

Peraturan Asas :

1)Pemain cuma boleh bergerak keluar dari petak suku-bulat setelah bola daripada sepak meula Tekong melepasi jaring.

2) Setiap kali bola memasuki kawasan sesebuah regu, regu itu hanya terhad kepada tiga sepakan. Sebelum bola itu memasuki semula kawasan lawan.

3) Setiap kali bola Takraw itu terkena lantai, satu mata akan diperoleh pihak lawan.

4) Yang paling penting. TIDAK BOLEH GUNAKAN TANGAN!

Itu sahaja peraturan asas yang boleh saya fikirkan sekarang. Saya harap awak semua dapat sedikit pengetahuan tentang asas permainan tradisional melayu yang masih aktif pada abad ke-21 ini!

Sekian..